Saturday 31 March 2012

Kain Kafan Berlumur Darah

Bunyi salakan anjing di tengah malam di persekitaran Kampung Cendana dekat Perkuburan Ampang bukanlah satu suasana yang ganjil. Malah sudah jadi kebiasaan salakan demikian sering terdengar, bersahut-sahutanmemecah keheningan malam.


Tetapi malam itu amat berlainan sekali. Rusli baru sahaja pulang dari tugas sebagai jurugambar di sebuah syarikat suratkhabar merasakan ada sesuatu kelainan, salakan tersebut mendayu-dayu bagaikan orang merintih.


Untuk sampai ke tempat tinggalnya di Kampung Cendana itu, dia terpaksa melintasi kawasan perkuburan. Kawasan tersebut memang tidak pernah dirasakannya selama ini. Hampir tiga tahun dia berulang-alik ke tempat kerja melalui kawasan perkuburan itu, sudah menjadi perkara biasa. batu-batu nisa di situ bagaikan tunggul-tunggul mati yang tidak bermakna lagi.


Malah ada kalanya dia singgah di kubur Allahyarham Seniman Agung P. Ramlee yang menjadi lagenda tidak jemu diperkatakan oleh masyarakat.


Dan adakalanya dia terpaksa lewat pulang ke rumah melalui jalan Raja Alang di Kampung Bharu. Itu pun melalu kawasan perkuburan yang sebahagian besar tidak digunakannya lagi, seolah-olah kawasan itu tidak ada apa-apa. Anak-anak kecil pun sering main sembunyi-sembunyi di situ.


Tiba-tiba bulu roma Rusli tegak berdiri. Nafasnya turun naik begitu cepat. Kakinya mulai gontai. Salakan anjing semakin nyaring. Hatinya tergugat juga dengan suasana malam yang remang-remang, membuat debaran dada semakin kencang.


Dengan berat rasa hati dia melangkah terus untu menuju rumah. Hati kecilnya berbisik : tidak pernah suasana seseram malam ini aku alami! Mengapa perasaan takut menyelubungi diriku dengan tiba-tiba?


Teringat pula di bernaknya : barang kali ahli kubur tidak damai lagi bersemadi di situ. Maklumlah orang-orang yang sering melalui kawasan itu tidak pernah bersedekah al-Fatiha. Kerana itu agaknya ada yang cuba menakut-nakutkan sesiapa saja yang lalu-lalang di situ.


Dengan langkah kaki yang lemah, dia paksakan diri berjalan. FIkiran berserabut. Angin malam yang tidak terasa sejuk membuat dia semakin teringat akan kisah-kisah lama, apalagi bila dia teringat malam itu adalah malam Jumaat, malam yang keempat puuh bagi Nadia menjadi penghuni alam barzakh. Kematiannya sungguh mengerikan, dan kengerian itulah yang membuatkan dia tiba-tiba menjadi takut.


Tidak jauh dari situ dia nampak dua susuk tubuh manusia duduk di atas kuburan. Pada mulanya dia anggap hanya pandangan mata. Lagipun peristiwa seumpama itu bukan sekali duia dia terserempak. sebelum itu dia pernah bertemu dengan Lijah anak gadis Pak Leman sedang bercumbuan Dengan Salihi, pemuda kacak dari tanah seberang yang menyeludup masuk secara haram.


Entah sudah berapa kali dia terserampak dengan sepasang merpati itu, setiap kali kedua pasangan itu akan menyelinap di sebalik semak-semak. Dia anggap sepi saja dengan pemandangan sumbang seperti itu. Apa yang dia lakukan hanyalah mengganggu mereka agar tidak menggunakan kawasan perkuburan itu untuk melakukan maksiat. Bahaya akibatnya. Namun kata-katanya itu dianggap sepi, tahu-tahu sajalah anak-anak zaman sekarang degil-degil belaka. Akhirnya dia buat bodoh: pedulikan mereka, bukan dari kalangan keluargaku!


Namun malam itu hatinya berbisik mengatakan bahawa yang dia nampak itu bukanlah pasangan merpati sedang bercumbuan, tapi itu adalah pasangan dua merpati yang telah meninggal dunia dua tahun lalu, mati akibat bunuh diri terjun kedalam tasik gara-gara pinangan di tolak oleh orang tua si gadis








(sampai sini dulu. nanti sambung. banyak lagi.)



No comments:

Post a Comment